Rosz Malieyana: September 2012

26 September 2012

Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong.





Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
  • Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa   Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  • Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  • Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
  • Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
  • Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  • Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  • Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  • Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.
Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -
  



1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

15 September 2012

10 Sifat Calon Suami Yang Baik



Kadang-kadang kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang baik berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya terletak pada agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi beranggapan lelaki beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak benar.  Ramai dikalangan ahli agama yang sering memukul isteri, bersifat kasar, tidak pandai melayan isteri dan sebagainya.  Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki yang baik sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan 10 sikap lelaki yang baik.


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

1.       Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada      awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang    sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2.       Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang         yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan,     melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3.       Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat      yang   boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4.       Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan         kuasa dan kedudukan.
5.       Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan               bijaksana.
6.       Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika    sedang bercakap-cakap.
7.       Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia           tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8.       Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya      sama.
9.       Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10.     Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau     masa kecemasan.

Semoga 10 sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki yang mencari redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada setiap lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka. Cubalah untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu juga sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.
Wassalam…
Info Frm : WanWma

8 Surah Untuk Anak



8 Surah Untuk Anak



Telah menjadi adat Melayu, surah atau ayat-ayat dalam Al-Quran dijadikan sebagai azimat, diamalkan untuk mendapat sesuatu dan seumpamanya tetapi dalam masa yang sama meninggalkan arahan Allah yang lain. Sebagai contoh, mereka solat tetapi tidak menutup aurat, mereka mengaku Islam tetapi menolak undang-undang Islam dan seumpamanya. Sebagai umat Islam kita perlulah memartabatkan Al-Quran itu sendiri selain dari mengamalkan beberapa potong ayat di dalamnya sahaja. Dengan itu barulah amalan kita diberkati Allah.. InsyaAllah…
Di sini admin senaraikan 8 surah yang boleh dijadikan amalan untuk mendapatkan anak yang baik:
  1. Surah Al-Fatihah   - Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan.
  2. Surah Maryam       - Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang  sabar dan taat.
  3. Surah Luqman       - Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
  4. Surah Yusuf           - Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
  5. Surah Hujurat        - Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat                              berhati-hati.
  6. Surah Yasin           - Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh                               dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  7. Surah At-Taubah    -Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat.
  8. Surah An-Nahl       - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Info frm :  WanWma


3 September 2012

Jangan Mempersoal & Meragui KEKUASAAN Allah S.W.T




Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda            : Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:
Soalan pertama - Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?
Soalan kedua    - Apa yang dimaksudkan dengan takdir?
Soalan ketiga    - Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah 
                         syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam       : Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan 
                        itu?
Pemuda          : Tentulah sakit!
Tok imam       : Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam      : Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar 
                      saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?
Pemuda         : Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam      : Tangan ini diperbuat daripada apa ya?
Pemuda         : Tanah!
Tok imam      : Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan 
                      itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di 
                      humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala


Andai Ini Jadi Kenyataan..


Andai Ini Jadi Kenyataan.....



BACALAH UNTUK DIAMBIL IKHTIBAR DAN MUHASABAH DIRI


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus 
duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malasuntuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isterisedang berkum pu l diruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yangtak tampak mukanya berjubah pu tih dengan tongkat ditangannya tiba2sudah berdiri di depan mata.
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.. Sebelumsempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada kusesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetapmenghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatuyang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan.....kekerongkongku. . sakittttttttt. ........sakit. rasanya.
Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telahberlaku pd diriku......Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi,benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........khhhh...... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramatsakit..... Seolah tak mam pu aku menahan benda tadi...Badankugementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ...air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelahbenda itu meninggalkan aku.
Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi....berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.
Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan,sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri &anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejutberhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yangterbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannyadingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. Mengapa anak2 & isterikumemeluknya sambil menangis...mereka menjerit.... histeria . terlebihisteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapadia......... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnyadibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apaini Tuhan...???? ????
Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mam pu ..... Aku cuba pu launtuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itubukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulaiberteriak.... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah merekatak melihatku.... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar..aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Akutelah mati... aku telah mati.Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak.....Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.
Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untukmembahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untukmembimbing mereka. Tapi waktuku telah habis........ masaku telahterlewat.... akusudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penatseharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akanmembahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belumsolat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih biasamembaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIHmem pu nyai waktu untuk bersim pu h, mengakui segala dosa & berbuatkebaikan sehingga bila maut menjem pu tku kelak aku telah berada padakeadaan yang lebih bersedia.

Mari berlumba dalam kebaikan.
"Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu,Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka"?..