Rosz Malieyana: February 2015

27 February 2015

BUKU PANDUAN DIET ATKINS SAYA!!



Sape pernah baca Bukut Panduan Diet Atkins Saya!! Angkat TANGAN…
( gambar angkat tangan )
Banyak info yang boleh kita try dalam buku ni.. tapi pastikan korang semua bersedia dari fizikal dan mental ok…
Aku dah try..tapi x sampai sebulan..hnya 2 minggu.. Fasa 1- Induction
Tapi KESALAHAN BESAR aku hadapi kat sini adalah KURANG MINUM AIR!!
Baru aku sedar yang DIET xpa minum air akan buat krang semua
SEKSA BADAN k…hihi
Sebab atas sebab 1 KESALAHAN tu ...aku tak balance dengan Diet Atkins + minum air 2 liter ( mengikut berat badan ) , aku ditahan dalam wad dan dimasukkan sebanyak 2 botol air!!!
Hihihihi…itu lah akibatnya, kalau bertindak tidak mengikut ARAHAN!!
So, aku details kan sikit apa makanan yang TIDAK BOLEH bagi FASA 1

  

NAK TAU APA FASA 1- INDUCTIONS

Dilarang makan SEMASA 2 MINGGU INDUCTION (Permulaan diet):

1.       Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa 
          dengannyan

2.       Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa 
          yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

3.       Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 

4.       Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat  sebiji).

5.       Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan 
          pengambilan kopi!

6.       Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.       Segala bentuk kekacang 

8.       Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam

9.       Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.

10.   SOS & Kicap

11.   Kurangkan makanan berproses walaupun rendah karbohitrat (burger, hotdog)

12.   Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

13.   Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

14.   Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

15.   Sate yg dibeli dikedai kebanyakkannya perap dengan gula!


Makanan Yang Boleh Makan:


1.    Ayam - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.

2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan  
    salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar,
      disalai... asalkan halal.

4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, 
   macam sawi, bayam, salad, timun.

6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.  Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8. Burger? Buang roti bun


So, sape nak try.boleh try..aku sendiri pun turun jugak 2kg walaupun hnya 2minggu!
Tapi kena STRONG la beb…
Good Luck saper yang dah try ..n akan try…



Peace No War ‘ 

P/S : Tapi nak tnya..sape2 yang dah cuba, try & test..cer Comment skit..
Apa pendapat korang…?
Jangan lupa add group di 
sebagai inspirasi korang untuk turunkan berat badan..
bnyak info2 yang berguna disana..Good Luck!

Download Buku Dibawah !!

SABARLAH WAHAI HATI.

Satu kisah...aku nak kongsi..sangat2 menyentuh hati..( sapa yang ada hati la...)
Kisah dimana kebergantungan kita hanyalah pada ALLAH S.W.T...
Bukan pada manusia...
semoga ia memberi menjadi pengajaran buat semua...
Selamat menghayati...




Proses membuat tempe bukanlah susah bagi orangyang mahir. Namun, bagi mereka yang tidak pandai tentunya ia terlalu sukar. Sama juga dengan proses membuat tapai yang memerlukan masa beberapa hari untuk benar-benar matang sebelum boleh dimakan.

Maka tersebutlah satu kisah yang berlaku di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Dalam sebuah kampung ada seorang wanita tua yang sangat mahir membuat tempe. Senang kata, pejam mata pun dia boleh melakukan dengan hasil yang cukup memuaskan. Hidupnya juga bergantung pada perniagaan tempe yang dihasilkannya.

Pada suatu hari, tiba-tiba tempenya tidak menjadi. Hati wanita tua itu benar-benar runsing. Mana tidaknya, hanya beberapa jam lagi dia harus ke pasar untuk memulakan jualan hari tersebut. Sepatutnya, pada waktu itu dia sudah boleh ‘packing’ sebelum dimasukkan ke dalam raga.
Beberapa jam kemudian, dia kembali mendapatkan tempenya. Alangkah terkejutnya dia apabila tempe itu tetap juga begitu.

Lalu dia berdoa ‘ Ya Allah, kau sempurnakanlah tempe ini agar aku dapat menjualnya seperti selalu’.
Sebelum melangkah ke pasar, sekali lagi dia menyelak kain yang menutupi tempe tersebut dengan segunung harapan agar tempe itu masak. Namun, tempe tersebut tetap juga tidak mahu masak dengan sempurna.

‘ Takkan aku nak jual tempe yang tidak masak. Itu menipu namanya. Habislah pendapatan aku hari ini. Apa harus aku buat?,” dia bermonolong dalam hati seraya berdoa agar Allah membantu mempercepatkan kematangan tempe itu.

Biarpun belum masak, wanita itu  tetap juga mahu meneruskan hasratnya untuk menjual tempe di pasar. Manalah tahu kalau-kalau dalam perjalanan nanti, tempenye sempat masak. Lalu, berjalanlah wanita itu menuju ke pasar dengan hati yang tidak henti-henti berdoa moga Allah sempurnakan juga. Sesampai saja di pasar, dia meletakkan raga. Dengan pantas tangan terus membuka penutupnya.   Namun, tempeynya tetap sama seperti tadi. Tidak masak!!

Hari semakin petang, namun tempenye tetap tidak juga terusik. Sesekali dia menjeling peniaga-peniaga lain, Ada barang jualan yang semakin berkurang, ada yang sedang sibuk melayan pelanggan malah tidak kurang sudah bersiap-siap untuk pulang. Ketika itu, dia benar-benar kecewa dan sedih.

“ Ya Allah, kenapa Kau buat aku begini? Tak pernah-pernah macam ni. Apa salah aku? Ya Allah macam mana ni? Tolonglah aku! Tolonglah! “ hatinya mula memberontak tidak puas hati dengan hasilnya.

Maka tibalah masa untuk pulang, kawasan pasar semakin lenggang dengan pengunjung yang mula berkurang. Peniaga juga semakin ramai yang pulang. Wanita itu juga begitu. Dia mula berkemas-kemas untuk pulang. Walaupun hampa, dia tetap pasrah. Mungkin ini dugaan untuknya setelah sekian lama dia bersenang dengan jualan.

Ketika sedang asyik berkemas, tiba-tiba datang seorang wanita muda dalam keadaan tergesa-gesa menghampiri wanita tua itu.

“ Mak cik jual tempe yer? Ada tak tempe yang belum masak? Semua kedai jual yang dah masak”, terang wanita itu. Dengan hati yang berbunga, wanita tua itu terus keluarkan tempe-tempe tadi dan ditunjukkan kepada pelanggannya itu. Lebih memeranjatkan, pelanggan itu ingin membeli semua tempe yang ada padanya.

Katanya, dia mahu menghantar tempe kepada  kakaknya di luar Negara. Jadi dia sangat memerlukan tempe yangbelum masak agar apabila sampai nanti ia tidak rosak dan boleh dimakan dengan baik.

Alangkah seronoknya wanita tua itu. Yalah ! Tiba-tiba saja tempe yang tidak menjadi, Laku juga dijual. Maka, pulanglah wanita tua itu dengan senang hati kerana tempenya habis licin dijual.

Begitulah indahnya aturan tuhan. Kita selalu merungut dengan apa yang kita ada. Sedangkan kita tidak pernah tahu, di sebalik sesuatu kejadian ada hikmah yang tersembunyi untuk kita kecapi.
Allah tidak akan sekali-kali melakukan sesuatu yang sia-sia. Percayalah, Allah berikan sesuatu sesuai dengan kemampuan kita untuk menanggung dugaan itu. Bersabarlah wahai hati. Janji Allah pasti terjadi.




Sumber : ALISLAM

26 February 2015

Nu’ayman ‘Mencipta’ Tawa Rasulullah S.A.W Berpanjangan.





Nu’ayman Ibn Amr daripada kabilah Al-Najjar Kaun Ansar Madinah.

Nu’ayman memilik karaktek yang cukup menarik, penuh dengan sifat lucu dan kelakar sepanjang sejarah sahabat. Dia juga ahli Badr, turut sama berperang semasa Uhud, Khandaq dan kebanyakan perang bersama Nabi Muhammad s.a.w. Salah seorang sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Adik Abdul Rahman bin Auf.

Satu Sifat istimewa Nu’ayman yang tidak ada sahabat mampu menandinginya, suka membuat lawak dengan Rasulullah s.a.w dan sahabat. Rasulullah s.a.w tidak pernah marah dan selalu menghargai usahanya.

#Kisah 1

Suatu hari ada sebuah kabilah datang dari luar Madinah untuk berurus niaga. Bersama kabilah itu dibawa buah-buahan eksotik yang mahal. Lalu Nu’ayman mengambil buah itu untuk dihadiahkan kepada Rasulullah s.a.w “Aku akan bayar kamu kemudian. Ini adalah hutang, Insya-Allah aku akan bayar kamu kemudian.” Janji Nu’ayman. Lalu Nu’ayman membawa buah itu sebagai hadiah kepada Rasulullah s.a.w dan baginda makan. Ternyata Rasulullah s.a.w senang dengan hadiah daripada Nu’ayman dan menikmatinya.

Apabila penjual buah datang menuntut hutang kepada Nu’ayman lalu dia berkata,

“Aku tidak memakannya. Kamu harus pergi kepadanya dan tuntut bayaran daripadanya.” Kemudian, lelaki itu menuju ke rumah Rasulullah s.a.w,” Kami mahukan duit bagi buah yang telah kamu makan.”

Rasulullah s.a.w berkata,” Apa yang kamu cakap? Buah itu diberi kepada ku sebagai hadiah.”
Lelaki itu berkata lagi, “Kami mahukan duit bagi buah itu.”

Lalu Rasulullah s.a.w memanggil Nu’ayman dan bertanya,  

“Nu’ayman, bukankah kamu kata buah itu adalah hadiah daripada kamu.”

Nu’ayman menjawab, “ Wahai Rasulullah s.a.w, saya mahu anda menikmatinya dan saya mahu anda menjadi orang yang PERTAMA merasa buah itu kerana anda memang layak tapi saya tiada duit untuk membayarnya?”

Rasulullah s.a.w ketawa dan menjelaskan harga buah-buahan yang telah dihadiahkan Nu’ayman.
Begitu lah kisahnya…Ada beberapa lagi kisah menarik daripada Nu’ayman. Kisah-kisah ini memberi gambaran kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya adalah manusia biasa dan berhak untuk merasa kegembiraan dan ketawa.


Seronok bila baca kisah-kisah Rasulullah s.a.w . Banyak pengajaran & amalan yang baik boleh kita pelajari kat sini.. Semoga artikal ini bermanfaat buat pembaca… 


“ Berlawak jenakalah sebagaimana Nu’ayman yang tidak berdusta dalam gurauanya.
Sabda Rasulullah s.a.w : “ Kecelakaanlah untuk orang yang bertutur lalu ia berdusta semata-mata untuk menjadikan orang ramai ketawa. Kecelakaanlah untuknya, kecelakaanlah untuknya.”
– HR Imam Ahmad


Asalnya AZAN??



Azan mula disyariatkan di Madinah tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:

   "Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: 'Ambillah naqush(loceng) seperti naqush orang Nasrani(Kristian).' Berkata sebahagian yang lain pula: '(ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi.'"

   Lalu berkata Umar: "Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?"

Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat."

   Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup terompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api diatas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah..

   Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat, "Telah datang waktu solat." Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda tetapi dengan sedikit modifikasi kepada "Assolatu jami'ah" yang bermaksud "Marilah solat berjemaah".

   Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a., beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.


Abdullah: "Wahai hamba Allah, adakah kamu jual naqush itu?"

Pembawa loceng: "Apa yang engkau buat dengannya?"

Abdullah: "Dengan naqush itu, kami menyeru kepada solat."

Pembawa loceng: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?"

Abdullah: "Ya."

Pembawa loceng: "Kumandangkanlah 'Allahuakbar...(hingga akhir azan).'"

   Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. mengenai mimpinya. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya mimpi itu benar insya-Allah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau." Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut.

   Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar bin al-Khattab berkata:

"Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bermimpi seperti mana yang dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid)."

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Segala puji bagi Allah."

   Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya ia diperkuatkan lagi dengan wahyu.


Al-Bazzar berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya diatas langit yang ketujuh ketika berlakunya Israk Mikraj. Kemudian malaikat Jibril mendatanginya, lalu Baginda menjadi Imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi."

   Akhir kalam, semoga dengan pembacaan sejarah azan ini dapat menyedarkan kita betapa tingginya darjat azan kerana di akhir zaman ini rata-rata umat Islam lansung tidak menghormati seruan azan ini malah menganggap azan itu sebagai bunyi cengkerik di tengah malam. Tidak malukah kita sebagai hamba Allah dapat menghormati lagu Negaraku dengan berdiri sebagai menghormatinya tetapi seruan azan langsung tidak dijawab dan dipedulikan walaupun seruan itu dikumandangkan di langit ketujuh. Wallahua'lam.

P/S :  oww..baru tau..! Sape baru tau angakt tangan...hihi.. Semoga INFO ini memberi manfaat pada korang semua..Wallahuaklam..




Kredit : http://semanisinab.blogspot.com

DOA PENGEMIS DAN USAHAWAN






DOA PENGEMIS DAN USAHAWAN

Kisah kehidupan seorang usahawan yang kaya dan soleh. Di tengah kesibukannya bekerja dia masih mempunyai waktu khusus untuk melakukan ibadah. Setiap kali azan berkumandang, si usahawan akan segera pergi ke masjid  yang berdekatan dengan pejabatnya. Dia solat dengankhusuk. Berzikir dengan tenang dan khusyuk.

Satu perkara yang meguntungkannya lagi,  si usahawan kaya ini selalu bersyukur atas kurnia rezeki yang diperolehinya. Bahkan setiap kali berdoa, dia tidak pernah lupa menyelitkan doa seperti ini…
“ Rabbana atinaa fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah waqina azabannar.  Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan, selamatkanlah kami dari seksa api neraka.”

Masih di tempat yang sama, di luar masjid itu ada seorang lelaki tua duduk dengan pakaian yang lusuh. Si pengemis boleh dikatakan penunggu tetap di masjid itu kerana hampir puluhan tahun lelaki tua mengemis di sana. Meskipun begitu, seumur hidup si pengemis belum pernah kelihatan menunaikan solat di dalamnya.

Ketika usahawan beribadah, si lelaki tua hanya memerhatikan dan menunggu sahaja di luar masjid. Apabila si usahawan selesai berzikir dan keluarkan dari masjid, barulah dengan tertatih-tatih pengemis tua menghampirinya sambil menadah kedua-dua tangannya untuk meminta belas kasihan. Dengan nada sedih si pengemis meminta simpati,” Encik! Saya lapar ! Encik, kasihanilah saya!”
Seperti biasa, si usahawan mengeluarkan sehelai wang RM10 dan memberikannya kepada pengemis itu. Wajah si pengemis tentulah bersinar-sinar, dia mencium wang tersebut dengan perasaan sangat bahagia. Sambil mengucapkan terima kasih, si pengemis pun mendoakan semoga rezeki si usahawan semikin bertambah.

“ Dan memang betul, tidak berapa lama kemudian si usahawan Berjaya mendapatkan tender projek bernilai 10 juta. Si pengemis yang meminta kepada si usahawan hanya mendapatkan RM10, manakala si usahawan hanya meminta kepada Yang Maha Pemberi Rezeki mendapatkan RM10 juta. Nilai rezeki yang sangat jauh bezanya, bukan?

Kesimpulannya..si usahawan ialah simbol orang yang selalu meberi dan selalu mengharapkan kurnia dari Tuhannya. Manakal si pengemis ialah simbol dari orang yang selalu meminta kepada manusia dan enggan menyembah Yang Maha Pencipta.
Jadi, janganlah jadi seperti pengemis itu, berhentilah berharap kepada manusia! Hal ini kerana pengharapan itu hanya membuatkan diri anda semakin hina. Dan mintalah dan berharap hanya Tuhan yang Maha Kaya.


Sumber : Berkat Anugerah Rezeki Melimpah (M.Rahman M.A)

21 February 2015

Buka Hijab Melihat Jin (Makhluk Halus)






Kita boleh melihat jin jika ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat bentuknya yang asal sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :

“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”  (Surah Al-A’raf Ayat: 27)

Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”

Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia seorang Nabi.”

Walaubagaimanapun dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jindalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.
Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan baginda ternampak Ifrit melintas baginga sewaktu baginda sedang sembahyang, sebagaimana sabdanya yang bermaksud :

“Ifrit melintas di hadapan aku semalam untuk mengganggu sembahyangku, Allah s.w.t membenarkan aku sehingga aku ingin mengikatnya di pagar masjid sehingga subuh dan kamu boleh melihatnya tetapi aku teringatkan perkataan / doa saudara ku Sulaiman, “ Ya Tuhanku, kurniakanlah kepoadaku kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh orang selepas aku.”

Di dalam hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan :

1. Keupayaan manusia melihat jin adalah sesuatu yang mustahil. Firman Allah s.w.t yang disebutkan itu adalah secara umum tetapi para Nabi dikecualikan. Mereka ada kebolehan yang diberikan Allah untuk melihat bahkan boleh menguasai mereka sebagaimana Nabi Sulaiman boleh menguasai jin.
2. Menunjukkan jin itu tidaklah kekal dalam bentuk asal mereka (api).
3. Melihat Ifrit oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah sesuatu yang khusus untuknya sebagaimana Baginda boleh juga melihat malaikat dalam bentuknya yang asli sehingga dapat melihat Malaikat Jibril yang mempunyai 600 kepak.
Manusia-manusia yang lain tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang Allah anugerahkan kepada Nabi-nabi berkenaan. Walaubagaimanapun setengah-setengah binatang juga dapat melihat jin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila kamu mendengar kokok ayam, mintalah kurnia dari Allah kerana ia melihat malaikat dan apabila engkau mendengar suara himar berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana yang dilihatnya ialah syaitan.” (AL Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Kelebihan binatang-binatang ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulama telah mentahkikkan (memperakukan) kelebihan binatang yang boleh melihat sesuatu yang kita tidak dapat melihatnya. Lebah boleh melihat cahaya, mereka boleh melihat matahari di waktu awam gelapBurung hantu dapat melihat tikus di waktu malam yang gelap gelita.

Sumber: Perubatan Islam Darussalam Malaysia & Harian Metro.

18 Sebab Jin Merasuk Manusia



18 Sebab Jin Merasuk Manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat. Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1.    Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2.    Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3.    Meninggikan suara dalam bilik air
4.    Menangis dan merintih sebelum tidur
5.    Membuang air panas ke dalam bilik air
6.    Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7.    Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8.    Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9.    Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat? katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Info dr : WanWma