Rosz Malieyana: Tipszzz MEMANDU ketika HUJAN??

10 October 2013

Tipszzz MEMANDU ketika HUJAN??





Rasanya baru petang semlam hujan lebat sngat kan..maybe sape yang balik keje naik keta..mesti terasa sukarnya nak Drive dlm hujan lebat + petir + angin kuat sngat kan....
ape2 pun sebelum tu..jgn lupe baca Bismillah...sebelum kita gerak...
n sya nak SHARE skit INFO pasal Cara untuk hadapi ketika kita MEMANDU KETIKA HUJAN...



Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.

Dua aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-

  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan
  • Semua pintu mempunyai seal yang baik
  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air
  • Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik
  • Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya
  • Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik
Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-
  • Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar
  • Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memandu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan
  • Elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dibasahi air dan pengguna lain seperti penunggang motosikal xterkena  tempias atau percikkan
  • Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
1.       GUNA GEAR 1 & 2 (bagi Manual ) dan Gear 1 (bagi Auto)
2.       TEKAN PEDAL BREK SERENTAK bagi menghasilkan kepanasan                   permukaan brek.
3.       Hadkan KELAJUAN antara 5km – 15km/j dengan kenderaan dihadapan           kerana proses ini akan menegringkan permukaan brek.
4.       Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter                sahaja


5.       Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj 


Sumber : Akhbar Tempatan + http://familiazam.com

No comments:

Post a Comment