Kadang-kadang kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang
baik berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya
terletak pada agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi beranggapan
lelaki beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan
seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak benar. Ramai dikalangan
ahli agama yang sering memukul isteri, bersifat kasar, tidak pandai melayan
isteri dan sebagainya. Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki
yang baik sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki yang baik dan
beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan 10 sikap
lelaki yang baik.
Jika anda seorang
wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang
lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat
fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa
dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.
Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang
nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang
lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang
mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke
tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan
tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa
dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan
wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat
perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang
bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan
cara hidup bebas walaupun dia tahu
dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan
seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan
keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa
bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Semoga 10 sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki
yang mencari redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang
dinyatakan di atas pada setiap lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini
pada mereka. Cubalah untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak
semestinya mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu juga
sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain
akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.
Wassalam…
Info Frm : WanWma
No comments:
Post a Comment