8 Surah Untuk Anak
Telah menjadi adat Melayu, surah atau ayat-ayat dalam Al-Quran
dijadikan sebagai azimat, diamalkan untuk mendapat sesuatu dan seumpamanya
tetapi dalam masa yang sama meninggalkan arahan Allah yang lain. Sebagai
contoh, mereka solat tetapi tidak menutup aurat, mereka mengaku Islam tetapi
menolak undang-undang Islam dan seumpamanya. Sebagai umat Islam kita
perlulah memartabatkan Al-Quran itu sendiri selain dari mengamalkan beberapa
potong ayat di dalamnya sahaja. Dengan itu barulah amalan kita diberkati
Allah.. InsyaAllah…
Di sini admin senaraikan 8
surah yang boleh dijadikan amalan untuk mendapatkan anak yang baik:
- Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan
menguatkan ingatan.
- Surah Maryam - Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
- Surah Luqman - Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
- Surah Yusuf - Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
- Surah Hujurat - Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
- Surah Yasin - Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
- Surah At-Taubah -Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat.
- Surah An-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Info frm : WanWma
No comments:
Post a Comment