Banyak PENGAJARAN yang kita boleh dapat dari kisah ini..
JOM BACA DULU!
Pada suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana
merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma
sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh
majikan kuda itu.
Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang
begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon yang rendang,
dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.
Ketika kuda itu sedang beristirehat, tiba-tiba lalulah
segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira
sambil membawa makanannya juga.
Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa
bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya
lagi. Kuda itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati
dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.
Semut juga melihat kuda terduduk dalam kepenatan. Sebaik
sahaja menghampiri kuda tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda, "Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan disini?"
"Saya sedang berehat wahai semut," jawab kuda.
"Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali?" tanya semut lagi.
"Itulah dia, saya begitu penat membawa beban ini, beban yang
tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku," jawap kuda itu lagi.
Maka semut itu pun bertanya, "Siapa
punya beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?"
Maka kuda pun menjawap, "Bos aku punya, yang
sedang minum dan makan-makan di bawah pohon di sebelah sana tu.."
"Oh begitu..." kata sang semut sambil tersenyum.
Sang kuda berkata, "Eh! Kamu semua ini pula,
kenapa nampak begitu gembira?" tanya sang kuda kepada sang
semut itu tadi.
"Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang
berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira
sekali..."
"Kenapa boleh jadi begitu ya?" tanya sang kuda dengan rasa hairan.
Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata, "Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai
kuda..."
"Apa perbezaannya?" tanya kuda.
"Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu
bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon
sana. Sedangkan, kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan
kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos
kami..." demikian penjelasan semut.
Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat
apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.
Itu lah dia kisah antara kuda dan semut.
Apa yang menarik, watak kuda dan semut ada dalam masyarakat manusia. Kuda dan semut memang dah tak ada pilihan, tetapi sebagai manusia kita banyak pilihan. Sebab Allah telah kurniakan kepada kita dengan hati dan akal untuk memilih.
Apa yang menarik, watak kuda dan semut ada dalam masyarakat manusia. Kuda dan semut memang dah tak ada pilihan, tetapi sebagai manusia kita banyak pilihan. Sebab Allah telah kurniakan kepada kita dengan hati dan akal untuk memilih.
Kuda
Dan Semut umpama…
Bekerja
Makan Gaji VS Usahawan.
Hampir
semua orang yang bekerja makan gaji
(termasuk la aku ni…) masalahnya apabila ‘MASA
KITA DITENTUKAN bukan KITA MENENTUKAN MASA KITA SENDIRI’
(ambik
ko…terpukul x?..betul..betul..)
Kerana
kita patut patuh pada majikan yang telah ditetapkan n yang paling JELAS,duit datang
dan pergi.
Sekalipun kita belanjakan duit itu, pasti akan datang juga kepada
kita semula.
Cuma bayaran gaji dibayar berdasarkan aturan waktu yang ditetapkan…
Ini
TIDAK pada Usahawan ! Mereka yang menentukan MASA mereka sendiri.
Walaupun
banyak dugaan + Cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam perniagaan mereka,
mereka tetap tabah & gembira menghadapinya, kerana mereka terima hasil
setimpal dengan usaha yang mereka keluarkan.
Dan
sedar @ tidak..ramai diantara kita ‘Selesa Sangat’ apabila kita dikuda-kudakan!
Walaupun sepanjang berpuluh2 tahun lamanya.. Itulah dipanggil ‘ Setia Hujung
Nyawa’ . Tetapi, walau apa pun, kita tetap perlu bersyukur dengan NIKMAT yang
diberi.
KESIMPULANNYA
: We Choose Our Life. We Choose How To Design It On Our Own Ways !
p/s :
Saya nak jadi SEMUT!...Gembira ngan hasil yang dibawa berkat hasil usahanya
dengan izin-NYA. InsyaALLAH.
Kredit : Shamringgo & Blograidah
No comments:
Post a Comment