Mengeluh? Mungkin lebih 99% akan
mengeluh kan…
(termasuk lah aku ni..bohong la kalau
xpenah mengeluh)
…tapi kenapa kita selalu mengeluh?
Mengeluh tentang makanan?
Xsedap
la..masin la..masam lah..kelat la..
Mengeluh sebab keja banyak?
..bnyaknya
keja..susahnya keja..
Mengeluh sebab x cantik?
Ada
jerawat la..muka tembam la..x cantik la..
Mengeluh tentang suami @ isteri?
Dia
ni..xpandai masak la..dia ni xpndai buat
keputusan la…dia ni lembap la…
Mengeluh tentang hidup?
Kenapa
aku ni selalu malang..
kenapa
aku x mcam dia la…
Mengeluh tentang anak?
Kenapa
anak aku xpandai..
kenapa
anak aku x comel..
kenapa
anak aku lembap..
Mengeluh tentang pekerjaan?
Kenapa
la aku x jadi pegawai mcm dia..boleh mengarah jer…
kenapa
aku dapat keja kuli jerk..
Kalau Kita mengeluh pasal MAKANAN…
Ingatlah ada orang yang tak dapat
makanan, adaorang yang masih mengutip makanan..ada orang yang masih
mengira@mengikat perut kerana nak bagi anak makan…dan mcm2 lagi..
Kalau Kita mengeluh pasal KERJA..
Ingatlah..Orang lain yang kerja dalam
panas, bawah matahari..
Orang lain yang xputus berdoa untuk
dapatkan kerja..
Dan bayangkan kalau kita tiada kerja
masa tu?
Kalau Kita mengeluh kerana x CANTIK..
Ingatlah..kecantikan hanya pinjaman
semata2..
Bersyukurlah dengan kecantikan yang
sedia ada..
Janganlah kerana CANTIK untuk
mengharap pujian manusia..
Dan fikirkan semula, jika kita tiada
apa yang kita miliki sekarang..?
Kalau Kita mengeluh kerana pada SUAMI @ ISTERI..
Ingatlah masih ramai lagi yang memohon
untuk diberikan teman hidup..
Kalau Kita mengeluh kerana HIDUP..
Bayangkan mereka yang telah meninggal
dunia terlalu cepat?
Kalau Kita mengeluh kerana ANAK..
Bayangkan mereka diluar sana yang
masih mengharapkan anak…
Dah berkahwin 10 tahun masih tidak
dikurniakan anak…
Kalau Kita mengeluh kerana PEKERJAAN..
Fikirkanlah yang masih menggangur di
luar sana..
Orang2 cacat yang masih mengharapkan
pekerjaan..
Apabila situasi begini berlaku…
Kita jugalah yang akan menuding jari
dan menyalahkan orang lain. Sebelum tu, Ingatlah tiada siapa yang tak pernah
melakukan kesilapan/kesalahan.
So, fikirkan sejenak..teruskan senyum
& bersyukur…kerana Tuhan memberi peluang untuk teruskan kehidupan..
Jom..saya
share satu kisah yang dipetik dari… Author by Bin Muhammad
Pada zaman dahulu
ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu
tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi
Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak
lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”
Tiba-tiba wanita
itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu
hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan
luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.
Abu Hassan
bertanya,
"Bagaimana
hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu
menjawab,
"Pada suatu
hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai
dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika
aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada
adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah
menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau
begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan
disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah
melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan
oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan
dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku
merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut
dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.
Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah
lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku
tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya,
"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat
itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat
membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara
keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir,
maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya
tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita
di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat
digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman
kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah, Kerana itu
Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith
Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku
ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga
mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana
itu Rasulullah saw bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran
terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan
sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan
orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya
bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga
kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Astaghfirullahal'adzim, alladzi la
ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih
Semua yang datang menyebabkan kita cepat mengeluh..adalah ujian diberikan Allah pada kita.
Adakah terfikir di fikiran kita, Apakah Allah tidak sayang pada kita lagi ?
Benarlah
firman Allah swt :
“Sesungguhnya
manusia itu diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir
(lokek). Apabila dia ditimpa kesusahan, ia berkeluh-kesah.
Dan apabila dia mendapat kebaikan ia amat kikir.” (al-Maarij
: 19-21)
Manusia
cepat mengeluh apabila ditimpa ujian, mempersoal itu dan ini, namun apabila
diberi kebaikan, jarang sekali kita memanfaatkan ia sebaiknya. Akibatnya, kita
mengenal erti bahagia dengan perspektif yang salah. Melihat ujian sebagai
masalah, melihat nikmat hingga lupa akhirat. Sungguh, rugilah manusia begini
kan!
Lihat, dan pandanglah
sekeliling
Masih banyak nikmat yang patut kita syukuri dan
seringkali buat kita tersenyum tanpa kita sedari. Terlalu sibuk melihat
kelebihan orang lain membuatkan kita terlupa melihat ‘hadiah’ Allah buat kita.
Nikmat hidup aman dan damai, yang kini didambakan
seluruh Muslimin di Palestin, Rohingya, dan Selatan Thailand . Bersyukurlah
kita masih tenang sewaktu melangkah keluar dari rumah, masih mampu menunggang
basikal ke taman dengan gembira, dan berhijab dengan sempurna tanpa sebarang
gangguan. Sedangkan mereka di sana masih lagi ketakutan dihujani bom dan peluru
dari pelbagai arah, bahkan nyawa mereka juga menjadi taruhan setiap hari.
Antara lain, nikmat kesihatan yang kita miliki.
Mempunyai anggota badan yang lengkap sempurna, seharusnya membuatkan kita insaf
melihat mereka yang buta, cacat pendengaran, lumpuh, kudung, bisu, dan
macam-macam lagi. Sedikit pun tidak Allah uji kita dengan nikmat anggota badan
ini, bahkan kita digesa memanfaatkan fungsinya sebaiknya.
Jangan pernah lupa,
nikmat yang paling besar yang kita kecapi hingga ke hari ini adalah nikmat iman
dan Islam. Mengapa nikmat ini terlalu besar? Kerana sejak lahir lagi, kita
disambut dengan laungan azan, dibisikkan kalimah syahadah, dididik dengan biah
Islamiyyah, sehingga saat ini alhamdulillah, masih lagi kita bernafas sebagai
seorang Muslim.
NIKMAT
BANYAK TETAPI TETAP MENGELUH.
Nabi Ayyub menderita
sakit selama tujuh tahun. Pada satu hari, isterinya, Rahmah bertanya dan
mengadu kepada kepada nabi Ayyub: "Wahai suamiku, sudah lama aku diuji
derita sakit ini. Berapa lama lagi kamu perlu menanggung semua ini?" Nabi
Ayyub menjawab dengan bertanyakan soalan: "Wahai isteriku, cuba renungkan
hidup kita. Sudah berapa lama kita hidup dikelilingi nikmat, kebahagiaan dan
kesihatan?" Rahmah menjawab: "Sudah 80 tahun." Nabi Ayyub
bertanya lagi: "Berapa lama pula derita sengsara yang dikongsi bersama
aku?" Rahmah menjawab: "7 tahun." Iktibarnya, takkan
kita tidak boleh bersabar dengan kesusahan jika dibandingkan dengan nimat yang
telah sekian lama diperoleh.
Insafilah wahai diri bahawa setiap yang Allah jadikan semuanya untuk kita
kembali kepadaNya.
Mudah-mudahan,
pengakhiran hayat kita juga sebagai seorang Muslim.
Terima kasih Allah
"Kesabaran yang
mendahului kesakitan dan penderitaan akan diganjari kebaikan yang melimpah oleh
Allah"
Kredit kepada :Mencari Bahagia & Ujian Silih Berganti
syukur itu bahagia. syukran sis. salam perkenalan =)
ReplyDeletehai sis. salam perkenalan. sgt tersentuh hati bc post ni. syukran sbb mengingatkan. syukur itu bahagia sebenar =)
ReplyDeletealhamdulillah..sesama lah kita muhasabah diri..:)
ReplyDelete