Mungkin kisah ni penah korang dengar / baca....
Tapi, aku tetap nak share..sebab aku suke
Sebab kisah ni...aku sentiasa ingat..
kerana ia mengisarkan perbezaan situasi yang sangat mudah difahami..
sebab apa aku suka cerita ni?
Kisah yang boleh kita faham..erti sebenar tujuan kita hidup walau apa juga kita lakukan..
Suatu masa dahulu, ada seorang lelaki tua yang sangat alim.
Dia tinggal bersendirian di sebuah pondok di hujung kampung. Setiap hari, dia
menghabiskan masanya hanya kerana dengan beribadah, berpuasa dan berzikir
mengingati Allah. Boleh dikatakan aktiviti hariannya hanyalah mengabdikan diri
kepada Allah. Pun begitu, lelaki itu sangat bahagia dengan cara hidupnya.
Pada satu malam, lelaki itu bermimpi. Dia melihat seorang
peniaga sedang sibuk menjalankan perniagaan di sebuah pecan. Apa yang
menariknya, peniaga itu memiliki keimanan yang jauh lebih hebat daripadanya
walaupun sibuk menguruskan hal duniawi. Berbeza pula dengan lelaki tua itu yang
hanya beriadah kepada Allah sehari-harian.
Keesokan harinya, lelaki itu pun pergilah ke pecan untuk
mencari peniaga yang muncul dalam mimpinya itu. Ketika itu dia sampai di
hadapan kedai, dia mendapati peniaga itu sedang sibuk melayan pelanggan.
Sesekali peniaga itu mengira-ngira keuntungan yang diperoleh apabila
pelanggannya tiada. Lelaki tua itu pun mengambil keputusan untuk duduk
memerhatikannya dari luar kedai.
Sepanjang pemerhatiannya, dia tidak Nampak pun peniaga itu
seolah-olah sedang beribadah sebagaimana caranya selama ini. Dalam hati, dia
berkira-kira mungkinkah mimpinya itu salah atau dia hanya dimainkan syaitan?
Sedang asyik erfikir, tiba-tiba dia melihat peniaga itu meniggalkan kedai itu
lalu menuju ke masjid berhampiran. Beberapa minit kemudia, peniaga itu kembali
ke kedai dan menjalankan rutinnya seperti tadi.
Curiga dengan tindakan lelaki tua itu, peniaga lalu
menyapanya.
“ Assalammualaikum. Ada apa-apa yang boleh saya tolong pak
cik?” Tanya peniaga itu.
“ Waalaikummussalam. Eh! Tidak ada apa-apa. Pak cik tak mahu
beli apa-apa, Cuma pak cik nak Tanya sesuatu”, balas lelaki tua itu lalu
menceritakan mimpinya.
“ Begini pakcik, sebelum saya menjawab soalan boleh tak saya
minta pak cik lakukan sesuatu untuk saya?” tnya peniaga itu.
“ Pakcik boleh lakukan apa saja”, balas lelaki itu.
“ Baiklah. Pak cik ambil piring yang berisi air ini. Dengan
piring ini, pak cik pergi ke hujung bangunan dan patah semula ke sini tanpa
menumpahkan air dalam tempoh lima minit,” arah peniaga itu.
Lelaki tua itu mengambil piring yang mengandungi air dan
memulakan perjalannya. Di pertengahan jalanair dari piring itu tiba-tiba
tertumpah sedikit. Lalu, cepat-cepat lelaki tua itu memperbetulkan kedudukan
piring dan memperlahankan langkahnya sehingga tiba semula ke kedai itu.
“ Nah! Ini piring tadi. Selamat. Sekarang aa maksud mimpi
pak cik itu?”
Tanya lelaki tua ingin
tahu.
Lalu peniaga itu mengambil piring yang dihulurkan.
”
Sepanjang pak cik ke hujung bangunan, berapa kali pak cik ingat Allah?”
“Ingat Allah?” jerit pak lelaki tua terkejut.” Pak cik tidak
ingat langsung kepada Allah tadi. Pak cik Cuma pastikan air supaya tidak tumpah
dan tiba pada masanya,”
terang lelaki itu panjang lebar seraya menyesal dengan
tindakannya.
“ Tapi saya sentiasa mengingati Allah sepanjang masa. Ketika
saya berniaga, saya juga membawa ‘air dalam piring’. Saya jujur, amanah dan
adil dalam perniagaan. Saya tidak pernah lupa bahawa Allah sentiasa
memerhatikan saya,” terang peniaga itu.
Sumber : Al- Islam
No comments:
Post a Comment