18 Sebab Jin Merasuk Manusia
WANITA suka
bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin
untuk dipikat. Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap
tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita
mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai
manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka memikat manusia,
terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,”
katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota
Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau
seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang
yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat
dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi
mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh
manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar
atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin
sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Ustaz Dasuki
menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam
rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca
Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa
berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau
langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan
tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan
tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur
sihir.
Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin,
antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu
senja atau perasaan resah tidak
menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat
anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke
tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk
halus selain malas berzikir dan solat? katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin
merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri
serta telinga berdesing atau mendengar
kata-kata suruhan tertentu.
Info dr : WanWma
No comments:
Post a Comment