Azan mula disyariatkan
di Madinah tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis
yang telah diriwayatkan oleh
al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a.
dengan katanya yang bermaksud:
"Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat
dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka
berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: 'Ambillah
naqush(loceng) seperti naqush orang Nasrani(Kristian).' Berkata
sebahagian yang lain pula: '(ambillah) trompet seperti trompet orang
Yahudi.'"
Lalu
berkata Umar: "Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru
kepada sembahyang?"
Bersabda Rasulullah
s.a.w.: "Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat."
Hasil
perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng
seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup terompet seperti penganut
agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan
api diatas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk
solat berjemaah..
Namun semua
usul itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan
supaya diteriakkan kuat-kuat, "Telah datang waktu solat." Cadangan
Umar ini diterima oleh Baginda tetapi dengan sedikit modifikasi kepada "Assolatu
jami'ah" yang bermaksud "Marilah solat berjemaah".
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Daud daripada Abdullah bin
Zaid r.a., beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.
Abdullah: "Wahai
hamba Allah, adakah kamu jual naqush itu?"
Pembawa loceng:
"Apa yang engkau buat dengannya?"
Abdullah: "Dengan naqush
itu, kami menyeru kepada solat."
Pembawa loceng:
"Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?"
Abdullah:
"Ya."
Pembawa loceng:
"Kumandangkanlah 'Allahuakbar...(hingga akhir azan).'"
Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. mengenai
mimpinya. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya mimpi itu benar
insya-Allah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang
engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya
kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau." Kemudian Abdullah
bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut.
Ketika
Bilal hendak melaungkan azan, Umar bin al-Khattab berkata:
"Demi yang telah
mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bermimpi seperti
mana yang dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid)."
Kemudian Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Segala puji bagi Allah."
Walaupun
azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan
mimpi Umar al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya
ia diperkuatkan lagi dengan wahyu.
Al-Bazzar
berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. telah diperlihatkan dengan azan dan
diperdengarkan kepadanya diatas langit yang ketujuh ketika berlakunya Israk
Mikraj. Kemudian malaikat Jibril mendatanginya, lalu Baginda menjadi Imam kepada
ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t.
menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi."
Akhir
kalam, semoga dengan pembacaan sejarah azan ini dapat menyedarkan kita betapa
tingginya darjat azan kerana di akhir zaman ini rata-rata umat Islam lansung
tidak menghormati seruan azan ini malah menganggap azan itu sebagai bunyi
cengkerik di tengah malam. Tidak malukah kita sebagai hamba Allah dapat
menghormati lagu Negaraku dengan berdiri sebagai menghormatinya tetapi seruan
azan langsung tidak dijawab dan dipedulikan walaupun seruan itu dikumandangkan
di langit ketujuh. Wallahua'lam.
P/S : oww..baru tau..! Sape baru tau angakt tangan...hihi.. Semoga INFO ini memberi manfaat pada korang semua..Wallahuaklam..
Kredit : http://semanisinab.blogspot.com
No comments:
Post a Comment