Kita boleh melihat jin jika ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat
bentuknya yang asal sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :
“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan
sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia
menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada
mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan
kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi
orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf Ayat: 27)
Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan
dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat
ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”
Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy
Syafie,“ Barangsiapa yang
mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia seorang Nabi.”
Walaubagaimanapun
dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jindalam
bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.
Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan baginda ternampak Ifrit melintas baginga sewaktu baginda sedang
sembahyang, sebagaimana sabdanya yang bermaksud :
“Ifrit melintas di hadapan aku semalam untuk mengganggu
sembahyangku, Allah s.w.t membenarkan aku sehingga aku ingin mengikatnya di
pagar masjid sehingga subuh dan kamu boleh melihatnya tetapi aku teringatkan
perkataan / doa saudara ku Sulaiman, “ Ya Tuhanku, kurniakanlah kepoadaku
kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh orang selepas aku.”
Di dalam hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan :
1. Keupayaan
manusia melihat jin adalah
sesuatu yang mustahil. Firman Allah s.w.t yang disebutkan itu adalah secara
umum tetapi para Nabi dikecualikan. Mereka ada kebolehan yang diberikan Allah
untuk melihat bahkan boleh menguasai mereka sebagaimana Nabi Sulaiman boleh
menguasai jin.
2. Menunjukkan jin
itu tidaklah kekal dalam bentuk asal mereka (api).
3. Melihat Ifrit
oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah sesuatu yang khusus untuknya sebagaimana
Baginda boleh juga melihat malaikat dalam bentuknya yang asli sehingga dapat melihat Malaikat
Jibril yang mempunyai 600 kepak.
Manusia-manusia yang
lain tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang Allah anugerahkan kepada
Nabi-nabi berkenaan. Walaubagaimanapun setengah-setengah binatang juga dapat melihat jin sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila kamu mendengar kokok ayam, mintalah kurnia dari Allah
kerana ia melihat malaikat dan apabila engkau mendengar suara himar
berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana yang dilihatnya
ialah syaitan.” (AL Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Kelebihan
binatang-binatang ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulama telah
mentahkikkan (memperakukan) kelebihan binatang yang boleh melihat sesuatu yang kita
tidak dapat melihatnya. Lebah boleh melihat cahaya, mereka boleh melihat matahari di waktu awam gelap. Burung hantu dapat melihat tikus di waktu
malam yang gelap gelita.
Sumber: Perubatan Islam Darussalam Malaysia & Harian Metro.
No comments:
Post a Comment