Nu’ayman Ibn Amr daripada kabilah Al-Najjar
Kaun Ansar Madinah.
Nu’ayman memilik karaktek yang cukup
menarik, penuh dengan sifat lucu dan kelakar sepanjang sejarah sahabat. Dia juga
ahli Badr, turut sama berperang semasa Uhud, Khandaq dan kebanyakan perang
bersama Nabi Muhammad s.a.w. Salah seorang sahabat yang paling rapat dengan
Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Adik Abdul Rahman bin Auf.
Satu Sifat istimewa Nu’ayman yang tidak ada
sahabat mampu menandinginya, suka membuat lawak dengan Rasulullah s.a.w dan
sahabat. Rasulullah s.a.w tidak pernah marah dan selalu menghargai usahanya.
#Kisah 1
Suatu hari ada sebuah kabilah datang dari
luar Madinah untuk berurus niaga. Bersama kabilah itu dibawa buah-buahan
eksotik yang mahal. Lalu Nu’ayman mengambil buah itu untuk dihadiahkan kepada
Rasulullah s.a.w “Aku akan bayar kamu kemudian. Ini adalah hutang, Insya-Allah
aku akan bayar kamu kemudian.” Janji Nu’ayman. Lalu Nu’ayman membawa buah itu
sebagai hadiah kepada Rasulullah s.a.w dan baginda makan. Ternyata Rasulullah
s.a.w senang dengan hadiah daripada Nu’ayman dan menikmatinya.
Apabila penjual buah datang menuntut hutang
kepada Nu’ayman lalu dia berkata,
“Aku tidak memakannya. Kamu harus pergi
kepadanya dan tuntut bayaran daripadanya.” Kemudian, lelaki itu menuju ke rumah
Rasulullah s.a.w,” Kami mahukan duit bagi buah yang telah kamu makan.”
Rasulullah s.a.w berkata,” Apa yang kamu
cakap? Buah itu diberi kepada ku sebagai hadiah.”
Lelaki itu berkata lagi, “Kami mahukan duit
bagi buah itu.”
Lalu Rasulullah s.a.w memanggil Nu’ayman
dan bertanya,
“Nu’ayman, bukankah kamu kata buah itu
adalah hadiah daripada kamu.”
Nu’ayman menjawab, “ Wahai Rasulullah
s.a.w, saya mahu anda menikmatinya dan saya mahu anda menjadi orang yang
PERTAMA merasa buah itu kerana anda memang layak tapi saya tiada duit untuk
membayarnya?”
Rasulullah s.a.w ketawa dan menjelaskan
harga buah-buahan yang telah dihadiahkan Nu’ayman.
Begitu lah kisahnya…Ada beberapa lagi kisah
menarik daripada Nu’ayman. Kisah-kisah ini memberi gambaran kepada kita bahawa
Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya adalah manusia biasa dan berhak untuk
merasa kegembiraan dan ketawa.
Seronok bila baca kisah-kisah Rasulullah
s.a.w . Banyak pengajaran & amalan yang baik boleh kita pelajari kat sini..
Semoga artikal ini bermanfaat buat pembaca…
“ Berlawak jenakalah sebagaimana Nu’ayman yang
tidak berdusta dalam gurauanya.
Sabda Rasulullah s.a.w : “ Kecelakaanlah untuk
orang yang bertutur lalu ia berdusta semata-mata untuk menjadikan orang ramai
ketawa. Kecelakaanlah untuknya, kecelakaanlah untuknya.”
– HR
Imam Ahmad “
thanks for visiting
ReplyDelete