DOA PENGEMIS DAN USAHAWAN
Kisah kehidupan seorang usahawan yang kaya
dan soleh. Di tengah kesibukannya bekerja dia masih mempunyai waktu khusus
untuk melakukan ibadah. Setiap kali azan berkumandang, si usahawan akan segera
pergi ke masjid yang berdekatan dengan
pejabatnya. Dia solat dengankhusuk. Berzikir dengan tenang dan khusyuk.
Satu perkara yang meguntungkannya
lagi, si usahawan kaya ini selalu
bersyukur atas kurnia rezeki yang diperolehinya. Bahkan setiap kali berdoa, dia
tidak pernah lupa menyelitkan doa seperti ini…
“
Rabbana atinaa fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah waqina azabannar. Ya Tuhan kami, berilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan, selamatkanlah kami dari seksa
api neraka.”
Masih di tempat yang sama, di luar masjid
itu ada seorang lelaki tua duduk dengan pakaian yang lusuh. Si pengemis boleh
dikatakan penunggu tetap di masjid itu kerana hampir puluhan tahun lelaki tua
mengemis di sana. Meskipun begitu, seumur hidup si pengemis belum pernah
kelihatan menunaikan solat di dalamnya.
Ketika usahawan beribadah, si lelaki tua
hanya memerhatikan dan menunggu sahaja di luar masjid. Apabila si usahawan
selesai berzikir dan keluarkan dari masjid, barulah dengan tertatih-tatih
pengemis tua menghampirinya sambil menadah kedua-dua tangannya untuk meminta
belas kasihan. Dengan nada sedih si pengemis meminta simpati,” Encik! Saya
lapar ! Encik, kasihanilah saya!”
Seperti biasa, si usahawan mengeluarkan
sehelai wang RM10 dan memberikannya kepada pengemis itu. Wajah si pengemis
tentulah bersinar-sinar, dia mencium wang tersebut dengan perasaan sangat
bahagia. Sambil mengucapkan terima kasih, si pengemis pun mendoakan semoga
rezeki si usahawan semikin bertambah.
“ Dan memang betul, tidak berapa lama
kemudian si usahawan Berjaya mendapatkan tender projek bernilai 10 juta. Si
pengemis yang meminta kepada si usahawan hanya mendapatkan RM10, manakala si
usahawan hanya meminta kepada Yang Maha Pemberi Rezeki mendapatkan RM10 juta.
Nilai rezeki yang sangat jauh bezanya, bukan?
Kesimpulannya..si usahawan ialah simbol
orang yang selalu meberi dan selalu mengharapkan kurnia dari Tuhannya. Manakal
si pengemis ialah simbol dari orang yang selalu meminta kepada manusia dan
enggan menyembah Yang Maha Pencipta.
Jadi, janganlah jadi seperti pengemis itu,
berhentilah berharap kepada manusia! Hal ini kerana pengharapan itu hanya
membuatkan diri anda semakin hina. Dan mintalah dan berharap hanya Tuhan yang
Maha Kaya.
Sumber : Berkat Anugerah Rezeki Melimpah
(M.Rahman M.A)
No comments:
Post a Comment