Satu kisah...aku nak kongsi..sangat2 menyentuh hati..( sapa yang ada hati la...)
Kisah dimana kebergantungan kita hanyalah pada ALLAH S.W.T...
Bukan pada manusia...
semoga ia memberi menjadi pengajaran buat semua...
Selamat menghayati...
Proses membuat tempe bukanlah susah bagi
orangyang mahir. Namun, bagi mereka yang tidak pandai tentunya ia terlalu
sukar. Sama juga dengan proses membuat tapai yang memerlukan masa beberapa hari
untuk benar-benar matang sebelum boleh dimakan.
Maka tersebutlah satu kisah yang berlaku di
Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Dalam sebuah kampung ada seorang wanita tua
yang sangat mahir membuat tempe. Senang kata, pejam mata pun dia boleh
melakukan dengan hasil yang cukup memuaskan. Hidupnya juga bergantung pada
perniagaan tempe yang dihasilkannya.
Pada suatu hari, tiba-tiba tempenya tidak
menjadi. Hati wanita tua itu benar-benar runsing. Mana tidaknya, hanya beberapa
jam lagi dia harus ke pasar untuk memulakan jualan hari tersebut. Sepatutnya,
pada waktu itu dia sudah boleh ‘packing’ sebelum
dimasukkan ke dalam raga.
Beberapa jam kemudian, dia kembali
mendapatkan tempenya. Alangkah terkejutnya dia apabila tempe itu tetap juga
begitu.
Lalu dia berdoa ‘ Ya Allah, kau
sempurnakanlah tempe ini agar aku dapat menjualnya seperti selalu’.
Sebelum melangkah ke pasar, sekali lagi dia
menyelak kain yang menutupi tempe tersebut dengan segunung harapan agar tempe
itu masak. Namun, tempe tersebut tetap juga tidak mahu masak dengan sempurna.
‘ Takkan aku nak jual tempe yang tidak
masak. Itu menipu namanya. Habislah pendapatan aku hari ini. Apa harus aku
buat?,” dia bermonolong dalam hati seraya berdoa agar Allah membantu
mempercepatkan kematangan tempe itu.
Biarpun belum masak, wanita itu tetap juga mahu meneruskan hasratnya untuk
menjual tempe di pasar. Manalah tahu kalau-kalau dalam perjalanan nanti,
tempenye sempat masak. Lalu, berjalanlah wanita itu menuju ke pasar dengan hati
yang tidak henti-henti berdoa moga Allah sempurnakan juga. Sesampai saja di pasar,
dia meletakkan raga. Dengan pantas tangan terus membuka penutupnya. Namun, tempeynya tetap sama seperti tadi.
Tidak masak!!
Hari semakin petang, namun tempenye tetap
tidak juga terusik. Sesekali dia menjeling peniaga-peniaga lain, Ada barang
jualan yang semakin berkurang, ada yang sedang sibuk melayan pelanggan malah
tidak kurang sudah bersiap-siap untuk pulang. Ketika itu, dia benar-benar
kecewa dan sedih.
“ Ya Allah, kenapa Kau buat aku begini? Tak
pernah-pernah macam ni. Apa salah aku? Ya Allah macam mana ni? Tolonglah aku!
Tolonglah! “ hatinya mula memberontak tidak puas hati dengan hasilnya.
Maka tibalah masa untuk pulang, kawasan
pasar semakin lenggang dengan pengunjung yang mula berkurang. Peniaga juga
semakin ramai yang pulang. Wanita itu juga begitu. Dia mula berkemas-kemas
untuk pulang. Walaupun hampa, dia tetap pasrah. Mungkin ini dugaan untuknya
setelah sekian lama dia bersenang dengan jualan.
Ketika sedang asyik berkemas, tiba-tiba datang
seorang wanita muda dalam keadaan tergesa-gesa menghampiri wanita tua itu.
“ Mak cik jual tempe yer? Ada tak tempe
yang belum masak? Semua kedai jual yang dah masak”, terang wanita itu. Dengan
hati yang berbunga, wanita tua itu terus keluarkan tempe-tempe tadi dan
ditunjukkan kepada pelanggannya itu. Lebih memeranjatkan, pelanggan itu ingin
membeli semua tempe yang ada padanya.
Katanya, dia mahu menghantar tempe
kepada kakaknya di luar Negara. Jadi dia sangat memerlukan tempe yangbelum masak agar apabila sampai nanti ia tidak
rosak dan boleh dimakan dengan baik.
Alangkah seronoknya wanita tua itu. Yalah !
Tiba-tiba saja tempe yang tidak menjadi, Laku juga dijual. Maka, pulanglah
wanita tua itu dengan senang hati kerana tempenya habis licin dijual.
Begitulah indahnya aturan tuhan. Kita
selalu merungut dengan apa yang kita ada. Sedangkan kita tidak pernah tahu, di
sebalik sesuatu kejadian ada hikmah yang tersembunyi untuk kita kecapi.
Allah tidak akan sekali-kali melakukan
sesuatu yang sia-sia. Percayalah, Allah berikan sesuatu sesuai dengan kemampuan
kita untuk menanggung dugaan itu. Bersabarlah wahai hati. Janji Allah pasti
terjadi.
Sumber : ALISLAM
No comments:
Post a Comment